Awal Kalam Bersahut Salam Permudah Urusan Alam


Isnin, 1 Jun 2009

Konvoi Ke Port Dickson

Semua ahli TAVAC mula berkumpul di Dataran Putrajaya seawal jam 8 pagi dan mula bergerak ke PD sekitar jam 8.45 pagi. Setibanya di susur keluar Dengkil konvoi berpatah balik ke PICC bagi menjemput 2 ahli yang tertinggal. Selepas bergabung semula dengan 2 ahli TAVAC tadi, perjalanan diteruskan semula dan akhirnya konvoi selamat tiba di PD iaitu di pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) sekitar jam 11 pagi.

Memandangkan masing-masing dah lapar, apa lagi segala juadah yang dibawa oleh setiap ahli dan keluarga dikumpulkan satu tempat dan bermulalah upacara makan. Selesai upacara makan program sukaneka pula diadakan. Bro Zul Presiden sebagai MC, abang Rahim sebagai pengadil/peniup wisel, Rizal/Mus/Eppy sebagai urusetia. Semua acara melibatkan anak-anak ahli, kaum bapa dan ibu. Acara-acara yang dijalankan ialah memecahkan belon, makan buah epal, makan biskut, mencari pasangan selipar, mencari harta karun dan helikopter. Semasa acara sukaneka ini diadakan, wartawan Sinar Harian telah menemuramah presiden, timbalan dan SU. Selepas ditemuramah semua ahli TAVAC dan keluarga bergambar di hadapan kereta Avanza yang diletakkan setempat.

Setelah selesai acara sukaneka, maka aktiviti santai diadakan. Masa ni kebanyakan ahli dan keluarga mengambil masa untuk berehat, sambung balik makan dan ada yang menapak jauh sedikit untuk mandi laut memandangkan air belum lagi pasang. Ada juga beberapa ahli yang mula pulang kerana ada urusan masing-masing. Satu acara penting yang diadakan pada waktu santai ini ialah nyanyian ramai-ramai semperna ulang tahun TAVAC yang ke 4. Seronoknya...

Akhirnya, kira-kira jam 4 petang konvoi TAVAC mula pulang ke tempat masing-masing.

Terima kasih buat urusetia konvoi yang berjaya menjalankan aktiviti ini dengan baik. InsyaALLAH di masa-masa akan datang aktiviti ini dapat diadakan lagi dan lebih ramai ahli-ahli yang akan menyertainya.




SEBAHAGIAN AHLI-AHLI TAVAC YANG MENYERTAI KONVOI HUJUNG MINGGU KE PORT DICKSON. BERKUMPUL DAHULU DI DATARAN PUTRAJAYA.


SEMUA AHLI TAVAC DAN KELUARGA BERGAMBAR DI HADAPAN KERETA SEMASA DI PORT DICKSON.
MENUNGGU RAKAN-RAKAN TAVAC LAIN YANG BELUM TIBA DI DATARAN PUTRAJAYA


MARI-MARI, KITA MAKAN JUADAH YANG ADA. KALAU MALU LAPAR...


TIUP CEPAT... TAPI JANGAN SAMPAI PECAH PULAK


URUSETIA SUKANEKA TENGAH MENGGANTUNGKAN BISKUT UNTUK ACARA KAUM IBU


BARISAN KEPIMPINAN TAVAC SEDANG DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN SINAR (BAJU KUNING)


SELAMAT HARI LAHIR TAVAC YANG KE 4

1 ulasan:

PUTRALAN berkata...

Tahniah Tavac........

We Are Family.