Awal Kalam Bersahut Salam Permudah Urusan Alam


Jumaat, 24 Oktober 2008

Kerenah pelajar-pelajar sekarang

Minggu lepas, memang heboh satu Malaysia dengan dua video klip yang melibatkan remaja Malaysia. Satu, video klip pelajar menendang guru & satu lagi aksi ‘Tayangan Perdana’ di Terengganu.

Tidak banyak yang aku hendak katakan tentang kejadian yang bagi aku sudah biasa sekarang ini. Beza’nya, kedua-dua situasi ini terakam dalam telefon bimbit. Terima kasih kepada kemajuan teknologi.

Melawan guru bukan perkara baru lebih-lebih lagi jika guru tersebut seorang yang kurang juga moral’nya. Melihat kepada video, guru tersebut sebenarnya yang over. Marah gunung berapi sekalipun, jangan main fizikal. Siapa pun akan melawan.

Remaja & keterujaan terhadap seks juga biasa. Kalau kau cukup lama dalam internet, kau pasti tahu mana untuk dapatkan klip video persis ‘Tayangan Perdana’ tersebut. Malah lebih dahsyat & professional. Jika jabatan pendidikan tahu, semua sekolah pasti di’geledah. Sekali lagi, terima kasih kepada kemajuan teknologi.

Satu sahaja harapan aku, ibu bapa lebihkan masa memantau aktiviti anak-anak. Dengan siapa mereka berkawan & bagaimana masa mereka di’habiskan. Cuma jangan sampai mengongkong, itu boleh timbul isu lain yang sama rumit’nya.

Tiada ulasan: