Awal Kalam Bersahut Salam Permudah Urusan Alam


Selasa, 4 November 2008

Gadis Melampau

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi
yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang
patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20
tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
lia r kaum lelaki.....' nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu
ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil
hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,'
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan
begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari
si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain
turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang
masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan
akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit
kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita
yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang
terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan
mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah
sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah
RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.


Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan
arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan
buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang
sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi
kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja
yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di
dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara
anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu
hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di
gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah
swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah
diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama
samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita
petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
ISLAM'